Sabtu, 16 Mei 2009

Hampir 100,000 mohon jadi guru


KUALA LUMPUR - Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.

Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.

"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.

"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Alimuddin memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.

Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis.

sidang dun yang bagus

60,000 graduan masih menganggur


KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 graduan di seluruh negara menganggur dengan sebahagian besarnya membabitkan lulusan dalam bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan pasaran kerjaya, termasuk sains sosial dan kemanusiaan.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah itu membabitkan semua peringkat graduan dan didapati masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.Bagaimanapun, katanya, bilangan itu tidak mencatatkan peningkatan atau perubahan drastik akibat krisis ekonomi global yang melanda.“Bagi graduan (dalam bidang pengajian) yang mendapat permintaan rendah dalam pasaran kerja, perlu difikirkan sama ada mereka harus menjalani latihan. Universiti bukan tempat melatih, tetapi mendidik.“Justeru apabila keluar (tamat pengajian), mereka perlu melalui pusat latihan dan ini sesuai dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia. Kementerian itu memang menyediakan program latihan tetapi dibuat untuk semua, tidak khusus untuk pelajar yang mengambil bidang seperti sejarah, geografi dan lain-lain.“Saya sudah mengemukakannya kepada Kementerian Sumber Manusia dan secara prinsip mereka nampak kewajarannya.“Itu antara cara meningkatkan nilai pasaran graduan. Jika berasakan itu untuk survival mereka (graduan), mereka mewajibkan diri mereka (untuk mengikuti program latihan itu apabila dilaksanakan),” katanya selepas melancarkan Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.Pada majlis itu, Malaysia Book Of Records turut mengiktiraf K3G sebagai karnival kerjaya terbesar pernah diadakan di negara ini dengan penyertaan 600 syarikat yang menyediakan 13,000 tawaran kerjaya kepada graduan.